(Bosan! Serabut! Boleh blahlah kau Asiah Yusro… aku tak nak seksa perasaanaku lagi) hati Umar merintih pedih. Penantian itu satu penyeksaan.Bertahun-tahun lamanya dia menanti handsetnya berirama dengan satu mesejkepastian daripada gadis itu. Bertahun-tahun itu jugalah jiwanya sentiasaresah. Entah bila penantiannya akan berakhir dengan satu jawapan. Entahbila…..
"Umar, kau nak beli sim card baru,kan?"soal Fathil tatkala melihat teman sebiliknya itu asyik membelek-belek handset.
"A’ah!" Umar mengangguk ringkas.
"Beli yang aku punya je lah," tawar Fathil.
"Separuh harga?" acah Umar.
"Beres. Kau nak sekarang ke?"
"Tak nak…" Umar acuh tak acuh.
"Cis, buang karen je!" bentak Fathil.
"Bukan tak nak beli tapi tak nak kau main-mainkan aku. Kau nak jual betul-betul ke ni?" Umar meragui.
"Muka hensem aku ni ada gaya penipu ke?" Fathil berwajah serius.
"Aku pelik sebenarnya. Bukan ke baru sebulan kau beli sim card tu?Tiba-tiba nak jual, mesti ada apa-apa,"
"Tak sampai pun sebulan…" Fathil membetulkan fakta.
"Habis tu, nak beli yang lain pulak?"
"Mmm… dah beli pun. Aku sebenarnya nak lari dari makwe aku. Malas nakada apa-apa kenangan. Aku tak nak dia tahu nombor baru aku."
"Tiap-tiap malam gayut, tiap hujung minggu asyik dating pun, boleh clashjugak?"
"Biasalah… lelaki mudah bosan. Seplayboy-playboy aku pun, aku nak cariperempuan baik tau. Dia ni emm… tak kena selera gadis idaman akulah. Akumalas nak cerita kat kau. Kau tahu apa Umar… tak pernah bermakwe,"Fathil meluahkan.
Dia sebenarnya cemburu apabila teman wanitanya asyik mendesak dia menceritakantentang seorang lelaki. Teman wanitanya terlihat lelaki itu membonceng motornyapada suatu petang dan asyik memuji ketampanannya. (Siapa yang tidakcemburu….. dan, kau tahu Umar… kaulah lelaki itu!)
"Aku bukan jenis mainkan perempuan macam kau…" Umar menyindir.
"Eleh…nak kutuk akulah tu. Kau tahu tak Umar, aku clash pun sebab akutak nak mainkan dia lagi. Aku dah syok kat awek lain lah."
"Ish, awek malang manalah pulak yang kan jadi mangsa kau kalini… Dasar playboy!" sinis mengenakan Fathil sambil tersenyum.
"Dengkilah tu! Kau mengaku je lah Umar, kau tu tak berani macam aku nakcari makwe. Sampai sekarang tak der makwe. Dayus! Penakut!" Fathil pulamengenakan Umar.
"Penakut?! Sikit pun aku tak takutlah….aku malas je!"
"Eleh, cakap bolehlah. Kau kena tunjukkan pada aku. Aku cabar kau tackleMaziah," Fathil tersenyum sinis. Dia yakin Umar akan tewas dengancabarannya.
"Maziah mana pulak ni?"
"Classmate aku. Sombong betul dia… buat aku tercabar je. Nanti adapeluang aku tunjuk kat kau. Tapi ingat, aku memang dah syok giler kat dia. Akusuruh kau tackle je, pas tu bagi jalan kat aku."
"Kau kan mahir bab-bab tackle perempuan ni. Kau je lah tackle dia.""Kan
betul kau penakut. Malu aku nak ngaku kawan…Kau tahu tak, Maziah ni bukanperempuan spesis biasa-biasa, dia lain sikit lah. Sebab tu kalau kau bolehtackle dia, memang aku tabik kat kau."
"Hey, aku beranilah! Tapi, buang masa aku je tackle perempuan…" Umar menolak cabaran.
"Kau ulanglah kata kau berani seribu kali. Aku takkan percaya selagi kautak tunjukkan pada aku. Nah, ambil sim card ni. Kalau berani, aku cabar kautackle Maziah dengan cara apa sekalipun…" wajah Fathil hambar. Diakeluar meninggalkan Umar sendirian. Dia ingin menghabiskan malamnya di cybercafe, manalah tahu kalau boleh sangkut dengan mana-mana awek dalam lamanchit-chat.
(Buang masa layan Umar. Jenis budak baik, budak baik jugalah…) bisik Fathil.
Umar tercabar. Dia mendengus. Sim card baru diisi ke dalam handset. Sejurusselepas itu, irama handset berbunyi.
"Hello! Fathil…" suara lunak seorang gadis menerjah masuk kegegendang telinga Umar.
"Err, hello. Fathil takde," Umar gugup berhadapan suara itu.
"Ah, alasan je tu! Fika tak percaya. Fika nak cakap dengan Fathil,cepatlah…" suara itu mendesak.
"Betul…dia keluar. Sumpah!" Umar meyakinkan.
"Dah dekat seribu kali Fika call, kenapa dia tak angkat?"
"Sebenarnya, Fathil dah pakai nombor baru. Ni dah jadi nombor saya."
"Fika dah agak dia memang nak larikan diri dari Fika. Tak tahu apa salah Fika… semua jantan memang macam tu, suka permainkan perempuan," suara itu bertukar sebak. Tersentuh hati Umar.
"Tapi, tak semua…" Umar membela kaumnya.
"Fika tak pernah jumpa pun….. semua lelaki yang Fika kenali tak boleh harap."
"Err, suatu hari nanti jumpalah…"
"Huh, entah bila…"
"Berdoalah pada Allah."
"Berdoa?" gadis itu ketawa terbahak-bahak mendengar saranan Umar.
(Aku buat lawak ke?) bisik Umar, keliru.
"Okeylah. Nanti saya duduk kat sejadah dan berdoa 24 jam. Untung-untung,putera kayangan pun rasa nak turun melamar saya. Okey, bye!" gadis itumelawak sambil ketawa lagi.
Hati Umar bergetar.Inilah kali pertama dia bercakap dengan perempuan melalui telefon. Itupunsecara tidak sengaja. Suasana di Sekolah Taman Islamnya dulu tidak pernahmemberi peluang dan ruang untuknya mengenali seorang perempuan dengan lebihdekat. Jauh sekali untuk berhubung begini. Kali pertama dia cuba
mendekati perempuan sewaktu awal masuk ke universiti. Itupun tak dilayan. Masakan tidak,perempuan itu ialah Asiah Yusro, perempuan yang terkenal dengan waro’ disekolahnya dulu.
Suara merdu gadis yang baru dikenali sebagai Fika itu terus terngiang-ngiang dipendengaran.
(Merdu sungguh suaranya, tentu wajahnya pun menawan. Lagipun, Fathil syok katperempuan-perempuan cantik je. Tapi, kenapa boleh clash pulak?)
(Astargfirullah! Fitnah besar pada hati aku ni….)
Umar menepis bisikan-bisikan liar yang singgah di hatinya. Tiba-tiba iramahandsetnya berbunyi lagi.
"Hello, Fika ni!"
Gurlp! Umar menelan liur.
"Hello!" balas Umar.
"Mmm. Fika lupa nak kenalkan diri tadi. Saudara jugak tak kenalkan diripun,"Umar terlopong. Suara merdu itu benar-benar menggetarkan hatinya.
"Nama penuh Fika, Nur Syafika bt Amir. Pelajar Kejururawatan.Saudara?"
"Err…Umar Al-Mujahid bin Muhammad Suyuti,"
"Wow, machonya nama. Orangnya pun mesti macho…"
"Ish, takderlah. Biasa je…"
"Mmm, merendah diri pulak. Awak mesti best. Kalau Fika panggil abang Umar,boleh?"
"Abang?!" Gurlp!!!
"A’ah…tanda respect Fika, bukanya ada apa-apa. Boleh kan
abang Umar?!"
"Err…" kelu lidah Umar.
"Okeylah bang Umar. Fika chow dulu. Nanti Fika call lagi. Kalau rinduFika, sms lah…miss you my hero! Ummmwah…"
Gurlp! Sudah ke berapa kali Umar menelan liur. Fikirannya jauh menerawang. Dia
cuba membayangkan wajah Fika. Hatinya dibuai bisikan-bisikan asyik tentang seungkapnama Nur Syafika. Suara halus selunak buluh perindu itu terus bermain-main diingatan. Umar cuba menepis tapi kali ini dia tak berdaya lagi. Suara itu terlalu merdu dan menggoda. Umar mengukir senyum sendiri.
"Umar, kau nak tengok persembahan teater, tak?" Fathil mengajak.Kepalanya ligat mengatur strategi untuk mempengaruhi Umar. Dia mesti bijakmenjerat Umar agar dia boleh bebas daripada buruan Fika. Baru petang tadi diadiburu lagi oleh Fika dengan pelbagai pujuk rayu. Akhirnya dia menjanjikansesuatu untuk Fika kerana dia tahu dia tak boleh bebas daripada gadis yanglicik itu selagi Umar tak dijadikan penggantinya.
"Tak minat!" balas Umar. Ringkas.
"Cis, budak skema! Tak sporting lah kau ni… Jomlah Umar, aku bukannya ajak kau club in, tengok teater dalam universiti je. Lagipun, bukan ada apa-apamalam ni….bosanlah!"
"Aku tak nak!!" tegas Umar.
"Okey, kalau kau tak nak ikut, aku nak ubah plan pergi disco. Kau sanggup tengok kawan kau nak pergi tempat maksiat, Umar?"Fathil tahu kelemahanUmar, seterusnya cuba menjerat.
"Tapi…Hizbi, Banna, Hanif, Faizi dan Syamil nak datang malam ni…"
"Oh, kawan-kawan kau yang selalu datang tu. Baik aku chow cepat-cepat. Akuseganlah ngan diorang tu. Geng-geng malaikat tu, aku pulak geng setan. Ntahmacam mana aku sebilik ngan kau sebab kau pun geng diorang jugak, kan?!"
"Diorang tu satu sekolah ngan aku dulu…Tapi Hanif ngan Faizi bukan!Mereka kawan baik aku."
"Patutlah kau pun ala-ala malaikat skit. Tak sebulu ngan aku…"
"Hey Fathil, jangan kata cam tu! Aku pun gila-gila macam kau jugak tau.Ingat aku suka sangat diorang datang? Aku pun dah bosan dengan diorang. Asyiknak ajak aku pergi program agama je, ingat ni zaman sekolah dulu lagiagaknya."
"Kau biar betul, Umar. Cakap bolehlah…" Fathil ragu-ragu.
"Okey, aku ikut kau pergi tengok teater!"
*******************************
----to continued----
Kisah Hati Seseorang
Thursday
Friday
LELAKI DAN WANITA DICIPTAKAN
Manusia,banyak ragamnya.Kadang menjadikan kita lemah berhadapan dengan sesama kita.Tapi kena hadapi.Lelaki diciptakan untuk wanita,wanita diciptakan untuk lelaki.Lelaki dan Wanita diciptakan untuk???
Lelaki dan Wanita diciptakan untuk...
- Menjadi pasangan sah
- Menjadi contoh Islam terbaik buat yang belum berkahwin.
- dan paling penting menjadi hamba yang terbaik untuk ALLAH
Hidup bukan untuk suka-suka,kita ni kena ada peraturan/disiplin untuk ikut.Pernah tak rasa,bila tak de peraturan dalam Malaysia??
Contohnya:
1. Pertama..Malaysia tidak memberikan penekanan pada masyarakat untuk buang sampah dalam tong sampah.Apa jadi dengan Malaysia? Pasti penuh dengan sampah-sampah yang bertimbun.Tapi alhamdulillah,orang Malaysia faham bahawa kebersihan perlu dijaga agar kesucian itu terjaga.Inilah salah satu kejayaan Malaysia dalam menjadikan Malaysia hijau...
2. Yang kedua..Malaysia tidak memberi penekanan pada wanita Islam untuk memakai tudung seperti yang ALLAH tetapkan bila keluar rumah.Apa jadi dengan Malaysia? Pasti penuh dengan wanita-wanita yang tidak memakai tudung dan syariat islam pun tidak diikut.Tapi,alhamdulillah, sesetengah orang Malaysia faham bahawa Islam meletakkan untuk memakai tudung bila berhadapan dengan orang yang boleh membatalkan air sembahyang.
3. Yang ketiga...Malaysia tidak memberikan penekanan pada wanita untuk tidak mendedahkan aurat.Apa jadi dengan Malaysia?Macam kita tengok sekarang nila!!Wanita memakai ikut body, seksi-seksi, dedah sana dedah sini, baju atas peha, baju berlubang kat belakang..ikut fesyeeeeeen!!Fuh..Sampai boleh menjadikan lelaki yang ber'penyakit' di hati ni terkesan dengan melakukan perkara diluar kawalan...
'RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'
Agak-agak korang, apa pencapaian yang dimaksudkan??Didahulukan dalam aspek apa??Dan a question to all of you that read this,penting tak berpolitik??
okla..
setakat ni dulu..apa-apa hal nanti saya sambung lagi..
--A & M--
Subscribe to:
Posts (Atom)